Aktiviti gotong royong membersikan kawasan Tanah Perkuburan
Sunday, 26 October 2014
Pembahagian Tanah Perkuburan Islam Kg. Palembang
Ia terletak di utara sebelah kiri Jalan Tengku Lela Segara menuju ke arah Kg. Lama.
Ia berkeluasan 60 Kaki x 90 Kaki
Seramai 1000 orang jenazah telah dimakamkan disini. Dari jumlah tersebut, 546 batu nesan yang ditulis dengan nama si mati.
Tanah Perkuburan Zon Tengah
Ia terletak disebelah utara kanan Jalan Tengku Lela Segara menuju ke arah Kg. Lama.
Ia berkeluasan 60 Kaki x 90 Kaki
Seramai 500 orang jenazah telah dimakamkan disini. Dari jumlah tersebut, 127 batu nesan yang ditulis nama si mati.
Tanah Perkuburan Zon Selatan
Ia terletak disebelah selatan sebelah kanan Jalan Tengku Lela Segara menuju ke Kg. Lama
Seramai 600 orang jenazah telah dimakamkan disini. Dari jumlah tersebut, 176 batu nesan yang ditulis nama si mati.
Saturday, 25 October 2014
Latar Belakang Tanah Perkuburan Islam Kg. Palembang
Tanah perkuburan Islam Kg. Palembang terletak didalam Mukim Kg. Raja, Besut, Terengganu.
Tekan gambar diatas untuk ke Google Maps |
Sebuah Jawatankuasa telah dibentuk untuk menyelia tanah perkuburan ini dan dipilih oleh penduduk Kg. Palembang, Kg. Beris, Kg. Raja, Kg. Pinang, Kg. Limbongan dan Kg. Amer
Ia merupakan tanah perkuburan terbesar dan tertua yang dipercayai wujud sejak kurun ke-19 lagi. Jenazah yang terawal dimakamkan disini ialah Che Ali bin Wan Namat, pengasas Kg. Palembang dan Tuan Guru Hj Hasan Besut, seorang guru pondok terkenal.
Berdasarkan kepada kajian pemetaan yang dibuat oleh sekumpulan pelajar IPT baru-baru ini menunjukkan bahawa terdapat 2,100 orang jenazah yang telah di makamkan disini.
Dibawah merupakan gambar di persekitaran Kubur Bersejarah Palembang
Dibawah merupakan gambar di persekitaran Kubur Bersejarah Palembang
Subscribe to:
Posts (Atom)